-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Sunday, December 30, 2012

Pengumuman Penting

Assalamualaikum. wbt.

Semua pelajar SAMPP tidak perlu hadir ke sekolah hari selasa untuk mengemas kelas. Pelajar wajib hadir pada hari Rabu : 2 Januari 2013

Pendaftaran pelajar ting 1 adalah pada hari Selasa : 1 Januari 2013.

Harap Maklum

Arahan : Pentabir SAMPP
Read More »

Friday, November 9, 2012

Senarai Keperluan Persekolahan 2013

Berikut adalah bayaran perskolahan SAM Pasir Panjang bagi tahun 2013.-
Klik pada gambar untuk besarkan imej.

Read More »

Thursday, November 1, 2012

Jamuan Pengawas, PS & PRS

Bagi meraikan pengawas, PS dan PRS yang telah memberikan sumbangan kepada SAMPP pada tahun 2012. Diadakan majlis jamuan makan bersama guru-guru dan pengetua. Majlis jamuan diadakan pada hari selasa 30 oktober 2012 di kantin sekolah.

Pentadbir sekolah memotong kek aiskrim pilihan mereka sendiri untuk diagihkan 
Read More »

Monday, October 29, 2012

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Maharul bin Sukaime, bekas guru SAMPP dan pasangannya Fara Wahida binti Hj. Sapuan yang telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Oktober 2012. Semoga bahagia selama-lamanya. Ameen.
Read More »

Monday, October 22, 2012

Mesyuarat Guru Di Cameron Highland

Alhamdulillah SAMPP telah berjaya mengadakan mesyuarat dan lawatan guru-guru ke Cameron Highland selama dua hari bermula 20 hingga 21 Oktober 2012. Hari pertama, guru-guru bertolak secara konvoi seawal jam 7 pagi di petronas sungai besar dan sampai di Cameron Highland jam 1 petang. Lepas zohor semua guru mula chek in di hotel yang telah ditempah. Sebelah petangnya aktiviti bebas, ada rehat dalam bilik hotel dan ada yang berjalan sekitar pasar Brinchang untuk membeli buah-buahan dan sayur sayuran. Ada juga yang membeli bunga dan pokok kaktus kerana harganya murah di Cameron.
Khusyuk Ustaz Khirul dan Cikgu Mat membelek laporan unit masing-masing.
Read More »

Friday, October 19, 2012

Perkhemahan Di Gua Kelam, Perlis

Perkhemahan pelajar tingkatan 3 di Gua Kelam Perlis.

 Lagi koleksi gambar perkhemahan Gua Kelam, klik di bawah.
Read More »

Friday, October 12, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Skema Jawapan Peperiksaan Akhir Tahun Ting 4

1.  JAWAPAN GEOGRAFI K1 DAN K2
     1.1  JSU GEOGRAFI K1
     1.2  JSU GEOGRAFI K2
     1.3  SKEMA GEOGRAFI K1
     1.4  SKEMA GEOGRAFI K2

2.  JAWAPAN ICT
     2.1  SKEMA ICT BHG A
     2.2  SKEMA ICT BHG B DAN C

3.  JAWAPAN SAINS SUKAN K1 DAN K2
     3.1  JSU K1
     3.2  JSU K2
     3.3  SKEMA SAINS SUKAN K1
     3.4  SKEMA SAINS SUKAN K2

4.  JAWAPAN TASAWWUR K1 DAN K2
     4.1  SKEMA TASAWWUR K1
     4.2  SKEMA TASAWWUR K2
Last update: Rabu, 10 Okt 2012

Read More »

Ragam Calon PMR SAMPP

Sebentar tadi admin sempat berjalan meninjau keadaan pelajar tingkatan 3 SAMPP yang akan menjalani peperiksaan PMR pada sebelah petang. Alhamdulillah calon-calon PMR kita sedang khusyuk menelaah pelajaran tak kira dimana mereka berada. Ada yang bertanya kepada guru-guru yang mereka jumpa di dataran sekolah, surau, kantin dan di tempat-tempat yang lain. Tak kira dah cikgu subjek apa yang mereka jumpa, mereka akan tanya. Wow!! macam ni la baru bagus. Perlu teruskan amalan bertanya kepada guru walau bukan musim peperiksaan pada masa akan datang. Semoga anda semua berjaya. Ameen.

Cikgu Syikin Aziz dan Ustazah Rawiyah memberi tunjuk ajar kepada pelajar
Read More »

Tuesday, October 9, 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013

Read More »

JADUAL WAKTU PMR 2012

Read More »

Monday, October 8, 2012

JADUAL PEPERIKSAAN SMA 2012

Read More »

SOALAN & SKEMA TRIAL SMA 2012

Bahasa arab 1 from Sam Pasir Panjang

Klik dibawah untuk soalan dan skema seterusnya

Read More »

Thursday, October 4, 2012

Seminar Bahasa Arab PMR

Sedang berlangsung pada petang ini Seminar Bahasa Arab PMR di bilik APD SAM Pasir Panjang. Seminar disampaikan oleh Ustazah Azizah bt. Shahar, guru pakar bahasa arab dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz. Seminar ini juga sebagai persediaan terakhir bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan. Kita doakan semua calon PMR SAMPP dapat mencapai kejayaan cemerlang serta mengharumkan nama keluarga dan SAMPP.

Pelajar mendengar tunjuk ajar yang disampaikan oleh penceramah
Read More »

Thursday, September 27, 2012

Program Mumtaz SMA dan Straight's A PMR/SPM

Malam tadi admin sempat singgah dan ziarah untuk meninjau keadaan dan kelancaran Program Mumtaz SMA dan Straight.s A PMR/SMA. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ketua Pen. Pengarah Kanan SPI Ust abd. Najeh b. Asmuin bersama Pengetua SAMPP Tuan. Mohd Jamil bin Sarin sempat datang singgah untuk meninjau keadaan pelajar.

Malam tadi 3 slot ceramah telah selesai iaitu subjek Perdagangan untuk SPM, Nahu Sorf untuk SMA dan Pendidikan Islam untuk PMR. Kami juga berharap dan mendoakan agar program ini akan dapat menaikkan tahap prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR, SMA dan SPM.

Suasana dalam dewan kuliah
Read More »

Persiapan Program Mumtaz SMA dan Straight's A PMR/SPM

InsyaAllah bermula pada 26 hingga 28 september 2012 SAMPP akan mengadakan Program Mumtaz SMA dan Straight's A bagi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini dijadualkan berlangsung di Sembilang Resort & Training Centre di Pantai Remis Jeram Selangor.

Untuk posting pada kali ini, Admin sertakan beberapa gambar berkenaan persiapan dan penerangan sebelum pelajar bertolak ke lokasi program. Alhamdulillah pelajar yang terlibat telah bertolak ke tempat pada petang semalam (rabu 26 Sept. 2012).
Tuan Pengetua menyampaikan amanatnya dengan penuh semangat
Read More »

Monday, September 24, 2012

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2012

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SAMPP telah selesai semalam (23 september 2012) dengan penyertaan sebahagian pelajar SAMPP. Perkhemahan ini berjalan selamam 2 hari iaitu hari sabtu dan ahad. Dalam program perkhemahan ini pelajar didedahkan beberapa kemahiran ikhtiar hidup, kawad kaki, cara memasang khemah, pengkalan air dan lain-lain kemahiran.

Setiap aktiviti yang dilakukan oleh pelajar akan dinilai untuk diberi hadiah bagi peserta terbaik dalam kategori yang dipertandingkan. Majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup disempurnakan oleh wakil PPD Sabak Bernam.
Pelajar puteri menunggu untuk diberi taklimat cara memasang khemah oleh Cikgu Halim
Read More »

Tuesday, September 18, 2012

Borang Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Dimaklumkan bahawa Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 boleh dimuat turun dalam format .doc melalui portal HRMIS.

Borang JPA (Prestasi) 1/2002 - JUSA
Borang JPA (Prestasi) 2/2002 - Jawatan Gred Khas
Borang JPA (Prestasi) 3/2002 - P&P
Borang JPA (Prestasi) 4/2002 - Sok I
Borang JPA (Prestasi) 5/2002 - Sok II

Sumber: http://www.eghrmis.gov.my/
Read More »

Friday, September 14, 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2012

Hari ini (14 September 2012) adalah hari penutup Bulan Kemerdekaan yang dilancarkan sejak 16 Julai 2012 yang lepas. Posting Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di dalam blog sekolah ini boleh dibaca dengan klik disini. Beberapa program telah dirancang dan telah selesai dilaksanakan oleh sekolah untuk memeriahkan bulan kemerdekaan ini. Antaranya adalah ucapan pengetua, persembahan wakil pelajar, kuiz, pertandingan melukis potrait dan penyampaian hadiah.

Tuan Pengetua memberi ucapan dan pesanan berharga
 Klik link dibawah untuk melihat posting penuh:
Read More »

Tuesday, September 11, 2012

Peperiksaan Percubaan SPM & SMA 2012

Peperiksaan Percubaan SPM dan SMA berjalan serentak di kelas yang disediakan oleh pihak sekolah memandangkan baik pulih dewan belum siap sepenuhnya. Hari ini (11 Septembar 2012) adalah peperiksaan SPM bagi mata pelajaran perdagangan (kertas 2) manakala bagi pelajar SMA pula, mereka telah menjalani ujian Bahasa Arab 2 (Nahu Sorf). Pihak sekolah akan terus mendoakan kejayaan semua calon-calon peperiksaan agar mendapat keputusan yang cemerlang. Ameen
Sedang menjawab soalan Perdagangan Kertas 2
Gambar suasana peperiksaan, sila klik dibawah.

Read More »

Monday, September 10, 2012

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan PMR Negeri-Negeri 2012

Read More »

Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012 berlangsung pada hari rabu 15 oktober 2012, sehari sebelum cuti hari raya Aidilfitri. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua dengan pemberian sumbangan kepada anak fakir miskin, anak yatim dan juga sumbangan untuk naqib dan naqibah sekolah. Majlis juga diceriakan dengan pengumuman oleh GPK HEM Puan Aishah bt. Mujab akan pemberian "duit raya" kepada semua pelajar.  

*Haraf maaf kerana posting ini agak terlewat (Admin)
Penyampaian "duit raya" kepada semua pelajar SAMPP
Read More »

Saturday, September 8, 2012

1 Murid 1 Sukan

 Program 1 Murid 1 Sukan yang berlangsung sebentar tadi.

Dua Firqah sudah bersedia untuk pertandingan bola jaring

 Klik link dibawah untuk lihat koleksi gambar.
Read More »

Sambutan Hari Raya SAMPP 2012

Kemeriahan dan keceriaan sempena Hari Raya Idulfitri tahun ini amat dirasai oleh semua warga SAMPP. Semalam telah selesai Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SAMPP yang dihadiri oleh semua warga SAMPP termasuk Pengerusi PIBG Tuan Hj. Rojikin bin Sarbini.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan mingguan seperti biasa dengan semua guru dan pelajar memakai pakaian hari raya yang baru. Jam 9.30 pagi bermula ucapan pengetua, wakil guru dan pelajar. Semua guru dan pelajar menikmati sajian yang disediakan dibawah 2 khemah besar yang disediakan di dataran sekolah.
Cikgu Afid, Ust Taftazani dan Cikgu Taufiq dengan gaya mereka tersendiri
 Koleksi gambar sambutan ini boleh dilihat dengan klik link dibawah:
Read More »

Tuesday, September 4, 2012

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga SAM Pasir Panjang, Sekinchan.

Surat siaran dari KPM bil KP.LP.003.11.2(1) bertarikh 14 Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS. Oleh yang demikian, Lembaga peperiksaan MEWAJIBKAN semua guru yang mengajar Tingkatan 1 (semua matapelajaran) memberi respon kepada soal selidik tersebut.
Sila KLIK DI SINI.

*Tarikh tutup pada 7 September 2012
Read More »

Wednesday, August 29, 2012

Skema Jawapan Percubaan SPM 2012 (Selangor)

1.  JAWAPAN BM
      1.1  SKEMA PPPA  BM K2 2012 (docx)
      1.2  SKEMA PPPA BM UMUM (doc)
Last update: Rabu, 29 Ogos 2012

2.  JAWAPAN B INGGERIS K 1 & K2
       2.1  SKEMA PPPA B INGGERIS K1
       2.2  SKEMA PPPA B INGGERIS K2 
Last update: Khamis, 30 Ogos 2012

3.  JAWAPAN MATEMATIK K1 & K2
       3.1  SKEMA PPPA MATE SPM
Last update: Selasa, 4 Sept 2012

4.  JAWAPAN SEJARAH K1 & K2
       4.1  KULIT PERATURAN PEMARKAHAN K2
       4.2  SKEMA PPPA SEJARAH SPM K1 2012
       4.3  SKEMA PPPA SEJARAH SPM K2
Last update: Rabu, 5 Sept 2012

Read More »

Saturday, August 11, 2012

Majlis Persaraan Ustazah Ramlah

Tanggal 10 Ogos 2012 berlangsungnya majlis bagi meraikan persaraan Ustazah Ramlah binti Rashidi. Majlis telah diadakan di Surau Al-Hidayah SAM Pasir Panjang dengan kehadiran seluruh warga SAMPP. Maka dengan ini SAMPP telah kehilangan seorang guru yang begitu lama berjasa dan banyak berbakti di SAMPP selama lebih 28 tahun. Semoga Ustazah Ramlah terus mengingati kami di SAMPP. Kalau Ustazah ada kelapangan, sila la jenguk kami di SAMPP.

Dibawah ialah antara koleksi gambar yang diambil pagi tadi:-

Ucapan terakhir Ustazah Ramlah sebelum bersara
Read More »

Friday, August 3, 2012

Skema Jawapan Percubaan PMR 2012

(Tarikh kemaskini: 1/8/2012)

1. JAWAPAN BM
    1.1  SKEMA PEMARKAHAN PPPA BM PMR K1_-2012
    1.2  SKEMA PEMARKAHAN PPPA BM PMR K2-2012

2.  JAWAPAN SAINS K1
     2.1  SKEMA PEMARKAHAN PPPA SAINS PMR 2012 K1

(Tarikh kemaskini: 2/8/2012)
1.  JAWAPAN B-INGGERIS
     1.1  SKEMA PEMARKAHAN PPPA BI PMR K1 (word document)
     1.2  SKEMA PEMARKAHAN PPPA BI PMR K1
     1.3  SKEMA PEMARKAHAN PPPA BI PMR K2

2.  JAWAPAN SAINS K2
    2.1  SKEMA SAINS PMR 2012 PAPER 2 

Read More »

Thursday, August 2, 2012

Peperiksaan Percubaan PMR

Semalam (1 Ogos 2012) bermulanya peperiksaan percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3. SAMPP mengucapkan semoga berjaya dan teruskan perjuangan untuk kejayaan kalian.

Adik Ainur Saadah tekun menjawab soalan
Read More »

Wednesday, July 25, 2012

Sesi Fotografi Sekolah Tahun 2012

Selesai sudah sesi fotografi sekolah untuk hari yang pertama. InsyaAllah akan bersambung esok hingga 30 Julai. Diharap Semua semua pelajar dan guru-guru dapat membantu melancarkan lagi sesi fotografi ini dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada unit majalah sekolah.

Cikgu Fatah sedang membetulkan kedudukan kamera
Read More »

Tuesday, July 24, 2012

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan

Alhamdulilah.. Selesai sudah majlis pelancaran Program Ihya' Ramadhan yang disempurnakan oleh Pengetua Tuan Mohamad Jamil b. Sarin pada hari jumaat 20 Julai 2012 di dataran SAMPP.
Program Ihya' Ramadhan disempurnakan oleh Pengetua
Read More »

Majlis Tadarus Sempena Ihya' Ramadhan

Bersempena dengan Program Ihya' Ramadhan, Unit BADAR SAMPP telah menjalankan program solat dhuha secara berjamaah dan bertadarus mengikut kumpulan. Program tadarus dipimpin oleh naqib-naqib yang telah dilantik oleh BADAR dan diselia oleh guru-guru. Program ini berjalan sepanjang bulan ramadhan di Surau Al-Hidayah.
Ustaz Nasri bertadarus bersama pelajar
Read More »

Monday, July 23, 2012

Seminar Bahasa Arab SPM dan PMR

Pelajar Tingkatan 5 khusyuk membaca bahan-bahan yang disediakan semasa seminar
Read More »

Wednesday, July 18, 2012

LADAP-SPSK 2012 oleh PPDSB

Penerangan mengenai Sekolah Kualiti oleh wakil PPD Bahagian Kualiti
Read More »

Al-Fatihah buat Adik Shahrul Ezzudin



Al-Fatihah buat Almarhum adik Shahrul Ezzudin bin Yusof (pelajar tingkatan 4 ikhlas) yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam 7.30 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kerana masalah barah usus. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang Maha Esa dan tergolong dari golongan orang-orang yang soleh. Ameeen...

Read More »

Tuesday, July 17, 2012

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

Simbolik penyerahan jalur gemilang  oleh Tuan Mohamad Jamil b. Sarin kepada ketua KRS
Read More »

Senamrobik 1 Malaysia

 Senamrobik 1 Malaysia telah dijalankan pada hari selasa 10/7/2012 di tapak perhimpunan SAM Pasir Panjang. Program ini dilaksanakan dengan penuh kegembiraan oleh semua warga SAMPP. Senamrobik 1 Malaysia bermula dari jam 8 pagi dengan sedikit taklimat oleh GPK koko Cikgu Mat Jidin bin Ahmad, kemudian dimeriahkan lagi dengan acara senaman oleh semua warga SAMPP yang diketuai oleh cikgu Nizam.

Cabutan bertuah juga dibuat bagi menambah ceriakan lagi majlis ini dengan cabutan untuk guru-guru dan para pelajar. Majlis Senamrobik 1 Malaysia tamat pada jam 10 pagi. Alhamdulillah.

Cikgu Nizam sudah tak sabar-sabar lagi nak bersenam
Read More »

Thursday, July 12, 2012

Lakonan Pelajar Ting. 3

Sempena penutupan program kokurikulum bagi tahun 2012 pada hari rabu (6/7/2012). Pelajar dan guru-guru SAMPP telah dipertontonkan lakonan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 di Surau Al-Hidayah.Semua pelajar terhibur dengan persembahan pelakon-pelakon yang mempunyai bakat yang terpendam lebih-lebih lagi lakonan dibuat dalam bahasa inggeris. Lakonan mereka banyak menyentuh tentang perlunya pembentukan akhlak dan moral yang terpuji antara manusia muslim. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Lakonan oleh pelajar 3 Ehsan
Read More »

Wednesday, July 4, 2012

العربية بين يديك


Modul pembelajaran interaktif bahasa arab komunikasi. Mengandungi teks ucapan dan audio untuk latihan pelajar berkomunikasi dalam bahasa arab. Boleh muat turun dengan klik link dibawah.

Read More »

Tuesday, July 3, 2012

Kejohanan Sukan SAMPP 2012

Kejohanan Sukan SAMPP kali ke-4 melabuh tirainya semalam (1/7/2012) dengan sambutan yang meriah dikalangan guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar SAMPP. Hari terakhir sukan dimulai dengan perbarisan oleh kontigen dari setiap firqah. Berlangsung beberapa acara seperti larian 4x100m, 4x200m, 200m, 100m, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, tarik tali dan lain-lain lagi. Guru-guru juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan pertandingan pelancaran roket yang disertai oleh hampir semua guru SAMPP. Sukan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Ramli bin Norani untuk merasmikan Sukan SAM Pasir Panjang kali ke-4. Alhamdulillah segalanya telah selesai.

Pameran motor ducati oleh firqah khaibar.
Read More »

Thursday, June 28, 2012

Persiapan Kejohanan Sukan Sekolah 2012

Pelajar berhimpun sebelum memulakan latihan sukan
Read More »

Majlis Ceramah Isra' Mikraj (22/6/2012)

Ceramah Isra' Mikraj disampaikan oleh Ustaz Suparman bin Sadikan

Read More »

Sunday, May 27, 2012

Arkib Kreativiti Pelajar SAM Pasir Panjang


Read More »

Friday, May 25, 2012

Hari Guru SAM Pasir Panjang 24/5/2012


 Guru telah bersiap sedia untuk membuat persembahan di hadapan pelajar.

 Tuan Pengetua: Tuan Mohamad Jamil Sarin bersama guru-guru yang hadir

Read More »

Monday, April 23, 2012

SUMUR 2012


Read More »

Kejohanan Bola Sepak Daerah Sabak Bernam



Read More »

Wednesday, March 21, 2012

Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2011


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2011 yang diadakan sebentar tadi di Surau SAMPP yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Rojikin sekalu YDP PIBG SAM Pasir Panjang dan juga ibu bapa pelajar SPM 2011. SAMPP mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011.

Senarai pelajar cemerlang:

Abdul Mun'im bin Marwan                  7A
Abd Hafiz bin Abd Jalil                       7A
Saiful Azhar bin Abd Hakim                6A
Nur Aisyah Syahirah bt Mohd Arsad   6A

Read More »

Tuesday, March 20, 2012

Nasihat Ringkas Untuk Menghadapi Keputusan SPM

Saya dimaklumkan bahawa tidak lama lagi akan diumumkan keputusan SPM.
Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ’Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Saya dan rakan-rakan sudah melalui pengalaman itu dan saya tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini.

Saya ditanya oleh seorang remaja melalui Facebook bagaimana untuk membuat persediaan untuk menghadapinya dan berikut adalah jawapan ringkas saya:

Read More »