-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Wednesday, July 25, 2012

Sesi Fotografi Sekolah Tahun 2012

Selesai sudah sesi fotografi sekolah untuk hari yang pertama. InsyaAllah akan bersambung esok hingga 30 Julai. Diharap Semua semua pelajar dan guru-guru dapat membantu melancarkan lagi sesi fotografi ini dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada unit majalah sekolah.

Cikgu Fatah sedang membetulkan kedudukan kamera
Read More »

Tuesday, July 24, 2012

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan

Alhamdulilah.. Selesai sudah majlis pelancaran Program Ihya' Ramadhan yang disempurnakan oleh Pengetua Tuan Mohamad Jamil b. Sarin pada hari jumaat 20 Julai 2012 di dataran SAMPP.
Program Ihya' Ramadhan disempurnakan oleh Pengetua
Read More »

Majlis Tadarus Sempena Ihya' Ramadhan

Bersempena dengan Program Ihya' Ramadhan, Unit BADAR SAMPP telah menjalankan program solat dhuha secara berjamaah dan bertadarus mengikut kumpulan. Program tadarus dipimpin oleh naqib-naqib yang telah dilantik oleh BADAR dan diselia oleh guru-guru. Program ini berjalan sepanjang bulan ramadhan di Surau Al-Hidayah.
Ustaz Nasri bertadarus bersama pelajar
Read More »

Monday, July 23, 2012

Seminar Bahasa Arab SPM dan PMR

Pelajar Tingkatan 5 khusyuk membaca bahan-bahan yang disediakan semasa seminar
Read More »

Wednesday, July 18, 2012

LADAP-SPSK 2012 oleh PPDSB

Penerangan mengenai Sekolah Kualiti oleh wakil PPD Bahagian Kualiti
Read More »

Al-Fatihah buat Adik Shahrul Ezzudin



Al-Fatihah buat Almarhum adik Shahrul Ezzudin bin Yusof (pelajar tingkatan 4 ikhlas) yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi jam 7.30 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kerana masalah barah usus. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang Maha Esa dan tergolong dari golongan orang-orang yang soleh. Ameeen...

Read More »

Tuesday, July 17, 2012

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

Simbolik penyerahan jalur gemilang  oleh Tuan Mohamad Jamil b. Sarin kepada ketua KRS
Read More »

Senamrobik 1 Malaysia

 Senamrobik 1 Malaysia telah dijalankan pada hari selasa 10/7/2012 di tapak perhimpunan SAM Pasir Panjang. Program ini dilaksanakan dengan penuh kegembiraan oleh semua warga SAMPP. Senamrobik 1 Malaysia bermula dari jam 8 pagi dengan sedikit taklimat oleh GPK koko Cikgu Mat Jidin bin Ahmad, kemudian dimeriahkan lagi dengan acara senaman oleh semua warga SAMPP yang diketuai oleh cikgu Nizam.

Cabutan bertuah juga dibuat bagi menambah ceriakan lagi majlis ini dengan cabutan untuk guru-guru dan para pelajar. Majlis Senamrobik 1 Malaysia tamat pada jam 10 pagi. Alhamdulillah.

Cikgu Nizam sudah tak sabar-sabar lagi nak bersenam
Read More »

Thursday, July 12, 2012

Lakonan Pelajar Ting. 3

Sempena penutupan program kokurikulum bagi tahun 2012 pada hari rabu (6/7/2012). Pelajar dan guru-guru SAMPP telah dipertontonkan lakonan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 di Surau Al-Hidayah.Semua pelajar terhibur dengan persembahan pelakon-pelakon yang mempunyai bakat yang terpendam lebih-lebih lagi lakonan dibuat dalam bahasa inggeris. Lakonan mereka banyak menyentuh tentang perlunya pembentukan akhlak dan moral yang terpuji antara manusia muslim. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Lakonan oleh pelajar 3 Ehsan
Read More »

Wednesday, July 4, 2012

العربية بين يديك


Modul pembelajaran interaktif bahasa arab komunikasi. Mengandungi teks ucapan dan audio untuk latihan pelajar berkomunikasi dalam bahasa arab. Boleh muat turun dengan klik link dibawah.

Read More »

Tuesday, July 3, 2012

Kejohanan Sukan SAMPP 2012

Kejohanan Sukan SAMPP kali ke-4 melabuh tirainya semalam (1/7/2012) dengan sambutan yang meriah dikalangan guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar SAMPP. Hari terakhir sukan dimulai dengan perbarisan oleh kontigen dari setiap firqah. Berlangsung beberapa acara seperti larian 4x100m, 4x200m, 200m, 100m, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, tarik tali dan lain-lain lagi. Guru-guru juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan pertandingan pelancaran roket yang disertai oleh hampir semua guru SAMPP. Sukan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Ramli bin Norani untuk merasmikan Sukan SAM Pasir Panjang kali ke-4. Alhamdulillah segalanya telah selesai.

Pameran motor ducati oleh firqah khaibar.
Read More »