-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Thursday, September 27, 2012

Program Mumtaz SMA dan Straight's A PMR/SPM

Malam tadi admin sempat singgah dan ziarah untuk meninjau keadaan dan kelancaran Program Mumtaz SMA dan Straight.s A PMR/SMA. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ketua Pen. Pengarah Kanan SPI Ust abd. Najeh b. Asmuin bersama Pengetua SAMPP Tuan. Mohd Jamil bin Sarin sempat datang singgah untuk meninjau keadaan pelajar.

Malam tadi 3 slot ceramah telah selesai iaitu subjek Perdagangan untuk SPM, Nahu Sorf untuk SMA dan Pendidikan Islam untuk PMR. Kami juga berharap dan mendoakan agar program ini akan dapat menaikkan tahap prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR, SMA dan SPM.

Suasana dalam dewan kuliah
Read More »

Persiapan Program Mumtaz SMA dan Straight's A PMR/SPM

InsyaAllah bermula pada 26 hingga 28 september 2012 SAMPP akan mengadakan Program Mumtaz SMA dan Straight's A bagi pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini dijadualkan berlangsung di Sembilang Resort & Training Centre di Pantai Remis Jeram Selangor.

Untuk posting pada kali ini, Admin sertakan beberapa gambar berkenaan persiapan dan penerangan sebelum pelajar bertolak ke lokasi program. Alhamdulillah pelajar yang terlibat telah bertolak ke tempat pada petang semalam (rabu 26 Sept. 2012).
Tuan Pengetua menyampaikan amanatnya dengan penuh semangat
Read More »

Monday, September 24, 2012

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2012

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SAMPP telah selesai semalam (23 september 2012) dengan penyertaan sebahagian pelajar SAMPP. Perkhemahan ini berjalan selamam 2 hari iaitu hari sabtu dan ahad. Dalam program perkhemahan ini pelajar didedahkan beberapa kemahiran ikhtiar hidup, kawad kaki, cara memasang khemah, pengkalan air dan lain-lain kemahiran.

Setiap aktiviti yang dilakukan oleh pelajar akan dinilai untuk diberi hadiah bagi peserta terbaik dalam kategori yang dipertandingkan. Majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup disempurnakan oleh wakil PPD Sabak Bernam.
Pelajar puteri menunggu untuk diberi taklimat cara memasang khemah oleh Cikgu Halim
Read More »

Tuesday, September 18, 2012

Borang Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Dimaklumkan bahawa Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 boleh dimuat turun dalam format .doc melalui portal HRMIS.

Borang JPA (Prestasi) 1/2002 - JUSA
Borang JPA (Prestasi) 2/2002 - Jawatan Gred Khas
Borang JPA (Prestasi) 3/2002 - P&P
Borang JPA (Prestasi) 4/2002 - Sok I
Borang JPA (Prestasi) 5/2002 - Sok II

Sumber: http://www.eghrmis.gov.my/
Read More »

Friday, September 14, 2012

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2012

Hari ini (14 September 2012) adalah hari penutup Bulan Kemerdekaan yang dilancarkan sejak 16 Julai 2012 yang lepas. Posting Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di dalam blog sekolah ini boleh dibaca dengan klik disini. Beberapa program telah dirancang dan telah selesai dilaksanakan oleh sekolah untuk memeriahkan bulan kemerdekaan ini. Antaranya adalah ucapan pengetua, persembahan wakil pelajar, kuiz, pertandingan melukis potrait dan penyampaian hadiah.

Tuan Pengetua memberi ucapan dan pesanan berharga
 Klik link dibawah untuk melihat posting penuh:
Read More »

Tuesday, September 11, 2012

Peperiksaan Percubaan SPM & SMA 2012

Peperiksaan Percubaan SPM dan SMA berjalan serentak di kelas yang disediakan oleh pihak sekolah memandangkan baik pulih dewan belum siap sepenuhnya. Hari ini (11 Septembar 2012) adalah peperiksaan SPM bagi mata pelajaran perdagangan (kertas 2) manakala bagi pelajar SMA pula, mereka telah menjalani ujian Bahasa Arab 2 (Nahu Sorf). Pihak sekolah akan terus mendoakan kejayaan semua calon-calon peperiksaan agar mendapat keputusan yang cemerlang. Ameen
Sedang menjawab soalan Perdagangan Kertas 2
Gambar suasana peperiksaan, sila klik dibawah.

Read More »

Monday, September 10, 2012

Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan PMR Negeri-Negeri 2012

Read More »

Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012 berlangsung pada hari rabu 15 oktober 2012, sehari sebelum cuti hari raya Aidilfitri. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua dengan pemberian sumbangan kepada anak fakir miskin, anak yatim dan juga sumbangan untuk naqib dan naqibah sekolah. Majlis juga diceriakan dengan pengumuman oleh GPK HEM Puan Aishah bt. Mujab akan pemberian "duit raya" kepada semua pelajar.  

*Haraf maaf kerana posting ini agak terlewat (Admin)
Penyampaian "duit raya" kepada semua pelajar SAMPP
Read More »

Saturday, September 8, 2012

1 Murid 1 Sukan

 Program 1 Murid 1 Sukan yang berlangsung sebentar tadi.

Dua Firqah sudah bersedia untuk pertandingan bola jaring

 Klik link dibawah untuk lihat koleksi gambar.
Read More »

Sambutan Hari Raya SAMPP 2012

Kemeriahan dan keceriaan sempena Hari Raya Idulfitri tahun ini amat dirasai oleh semua warga SAMPP. Semalam telah selesai Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SAMPP yang dihadiri oleh semua warga SAMPP termasuk Pengerusi PIBG Tuan Hj. Rojikin bin Sarbini.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan mingguan seperti biasa dengan semua guru dan pelajar memakai pakaian hari raya yang baru. Jam 9.30 pagi bermula ucapan pengetua, wakil guru dan pelajar. Semua guru dan pelajar menikmati sajian yang disediakan dibawah 2 khemah besar yang disediakan di dataran sekolah.
Cikgu Afid, Ust Taftazani dan Cikgu Taufiq dengan gaya mereka tersendiri
 Koleksi gambar sambutan ini boleh dilihat dengan klik link dibawah:
Read More »

Tuesday, September 4, 2012

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga SAM Pasir Panjang, Sekinchan.

Surat siaran dari KPM bil KP.LP.003.11.2(1) bertarikh 14 Ogos 2012 berkenaan perkara tersebut di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS. Oleh yang demikian, Lembaga peperiksaan MEWAJIBKAN semua guru yang mengajar Tingkatan 1 (semua matapelajaran) memberi respon kepada soal selidik tersebut.
Sila KLIK DI SINI.

*Tarikh tutup pada 7 September 2012
Read More »