-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Thursday, April 25, 2013

Majlis Persaraan Cikgu Yusof Muhamad

Hilangnya sebutir permata berharga buat SAMPP atas persaraan Cikgu Yusof bin Mohammad setelah berkhidmat selama 37 tahun sebagai warga pendidik. Semua warga SAMPP mengucapkan 'selamat bersara' dan semoga Cikgu berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Kami disini sentiasa merinduimu.

Program : Majlis Persaraan Cikgu Yusof bin Muhamad
Tarikh    : 24 April 2013 (Rabu)
Masa     : 8.00 pg - 11.00 mlm
Tempat  : SAM Pasir Panjang / Restoran Aroma Jeram

Selamat jalan Cikgu Usop
Read More »

Saturday, April 13, 2013

PROGRAM SEKOLAH SEPANJANG TAHUN

Read More »

PASUKAN BADMINTON SAMPP CIPTA SEJARAH

"Pencapaian terbaik setakat menjadi jurulatih SAM Pasir Panjang". Itulah luahan hati Cikgu Sahrunizam apabila Bergu P18 menjadi Johan manakala Bergu L18 mendapat Naib Johan dalam kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam yang berlangsung dari 10-12 April 2013 di SMK Ungku Aziz. Turut menyumbang pingat adalah dalam kategori Perseorangan L18 dan P18. Kedua-duanya mendapat tempat ke-3. Tahniah SAMPP!!!

Pemain-pemain badminton SAMPP memperagakan pingat masing-masing.

Read More »

Thursday, April 11, 2013

DOA BUAT ANAK YANG SUKA KELUAR MALAM


Kalau ada diantara anak anda suka keluar malam, merayau dan tidak tahu balik awal ke rumah. (Jenis yang tidak tahu nak balik awal). Elok diamalkan doa ini supaya mereka melekat di rumah. Jarang keluar malam melainkan ke masjid/surau menghadiri kuliah agama.

Hilangkan tabiat yang tidak baik ini. Jika dibiarkan tanpa kawalan, anak anda mungkin akan terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit, menghidu gam dan sebagainya. Kalau anak perempuan lagi parah.
Read More »

Tuesday, April 9, 2013

ALBUM KAMIL ZON 1 SAMPP 2013

Program : Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2013
Tarikh    : 5 & 6 April 2013 (Jumaat & Sabtu)
Masa     : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat  : SAM Pasir Panjang
Perasmi : Dato' Hajah Noriah bt Kosnon

Para juri sedang memberi markah pertandingan nasyid
Read More »