-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Wednesday, January 28, 2015

LATIHAN UNTUK PERSIAPAN AMAL ISLAMI 2015

Aktiviti Ko Kurikulum sudah bersedia untuk menghadapai Amal Islami peringkat sekolah. Semua Firqah akan mencari calon yang berbakat untuk Program Amal Islami seterusnya akan mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat Daerah.

Read More »

MAJLIS PENGISTIHARAN KEPUTUSAN SMA 2014

TAHNIAH ! TAHNIAH! TAHNIAH!  Untuk semua warga SAMPP khasnya para pelajar Tingkatan Empat 2014 dan semua tenaga pengajarnya atas pencapaian terbaik dalam SMA.dengan GPS 2.42 dan 93.9 %. Seramai 17 orang mendapat pangkat Mumtaz 28 Orang Jaid Jiddan. Kedudukan dalam Daerah Sabak Bernam tempat kedua dan tempat ke sepuluh dalam kedudukan keseluruhan Negeri Selangor yang mengambil  peperiksaan SMA. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk warga SAMPP terus maju dalam semua bidang Akademik Sahsiah dan Kokurikulum.



Syukur Alhamdulillah semoga semua warga SAMPP dapat sujud syukur tanda kesyukuran kita agar bumi SAMPP terus dilimpahi dengan RahmatNya. Aminn.

Read More »

SAMPP MERINTIS SEKOLAH SELAMAT

Puan Azilina Binti Miran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SAMPP sedang memberikan Kursus Sekolah Selamat kepada semua Guru dan pelajar. Sekolah selamat merupakan satu program kesinambungan program 3K yang menjanjikan sekolah dalam keadaan kondusif dan selamat untuk merangsang minat murid hadir ke sekolah setiap hari dengan perasaan selamat samaada dalam perjalanan datang dan pulang mahupun ketika berada di kelas padang dan sebagainya. Adalah diharapkan program ini akan berjaya diterjemahkan oleh warga SAMPP.

Read More »

Saturday, January 3, 2015

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU 2015

TARIKH : 11 JANUARI 2014
HARI : AHAD
TEMPAT : DEWAN AL FALAH
MASA : 8.00 PAGI

Semua pelajar yang telah membuat pengesahan di SAMPP dipohon hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran Ibu Bapa Penjaga serta murid Tingkatan Satu 2015.




Read More »

PROGRAM GOTONG ROYONG AWAL PERSEKOLAHAN

TARIKH : 3 JANUARI 2014 SABTU
MASA     : 7.30-11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS DAN PERSEKITARAN SEKOLAH








Read More »

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan lagi azam seluruh warga SAMPP untuk terus bertekad dan berazam melakar kejayaan demi kejayaan. Kita sedang meniti kejayaan yang diraih hasil usaha seluruh warga SAMPP. Kejayaan yang kecil sebenarnya menjadi pemangkin untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Penutup tirai 2014 telah menyaksikan keputusan PT3 yang sangat cemerlang dengan seorang pelajar mendapat keseluruhan 11A. Tahniah warga SAMPP. Namun SAMPP juga bertukar nakhoda apabila  Pengetua Tn Mohamad Jamil Sarin berpindah ke SAMT Salahuddin Bt 38 dan digantikan dengan Tn Hj Baharuddin bin Md Ali bermula 16 November 2014. Kehadiran 2015 adalah penutup tirai perancangan sekolah yang mahu melihat SAMPP cemerlang dalam semua aspek smaada Akademik,Sahsiah mahupun Kokurikulum. Selamat Maju Jaya SAMPP












































Read More »