“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kuperkatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir ke sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan dan kota ini sebagai suci. Maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilikya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu. Dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba’. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.
Wahai manusia, sebagai mana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu. Mereka juga mempuyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak diberi makanan dan pakaian dalam suasana bahagia. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah kepada mereka kerana mereka sesungguhnya adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak dibenarkan. Memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan tidak boleh melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah s.w.t, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaaan kamu. Kerjakanlah tbadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu adalah sama. Tidak seorang pun yang lebih mulia kecuali dalam perkara Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.”
Al-Faqirila Allah, Disediakan oleh Ad-Dam’ah [40]
No comments:
Post a Comment