SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Wednesday, October 5, 2011

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SAMPP

30 SEPT: SAM Pasir Panjang telah mengadakan Majlis Persaraan Pengetua SAMPP bertemakan "Bakti Disemai Budi Dituai. Majlis meraikan Pn Hjh Fauziah Bte Mohd Saleh PPT  yang bersara wajib pada umur 56 tahun.Majlis turut dihadiri wakil JPNS, PPD Sabak Bernam, PAID Sabak Bernam, pengetua-pengetua dan guru besar sekolah daerah Sabak Bernam dan rakan-rakan yang mengenali beliau. 


Di awal majlis beliau dikonvoi sekumpulan motorsikal diketuai oleh Ustaz Nasarudin dan Cikgu Ahmad Afid  dari simpang jalan sekolah sehingga hadapan dewan sekolah. Kemudian, beliau memeriksa perbarisan oleh platun KRS SAMPP dan dibawa masuk ke dalam dewan sekolah diiringi guru-guru SAMPP. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan-ucapan dan persembahan dari pelajar SAMPP. Turut ditunjukkan Montaj Multimedia yang disediakan oleh Unit ICT SAMPP.


Kemudian, diadakan upacara penyampaian cenderamata kepada beliau. Setelah itu, semua jemputan dan pelajar menjamu jamuan yang disediakan dan  terlibat dalam sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Simbolik kepada majlis persaraan adalah majlis penyerahan tugas oleh Pn Hjh Fauziah kepada Ustaz Khirul Anuar selaku GPK 1 SAMPP.


Akhirnya, warga SAMPP merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga ia menjadi memori indah dalam dakapan Pn Hjh Fauziah. Kami juga mendoakan agar Pn Hjh Fauziah bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

SALAM SAM PASIR PANJANG

SALAM SAM PASIR PANJANG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts