-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Tuesday, July 3, 2012

Kejohanan Sukan SAMPP 2012

Kejohanan Sukan SAMPP kali ke-4 melabuh tirainya semalam (1/7/2012) dengan sambutan yang meriah dikalangan guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar SAMPP. Hari terakhir sukan dimulai dengan perbarisan oleh kontigen dari setiap firqah. Berlangsung beberapa acara seperti larian 4x100m, 4x200m, 200m, 100m, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, tarik tali dan lain-lain lagi. Guru-guru juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan pertandingan pelancaran roket yang disertai oleh hampir semua guru SAMPP. Sukan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Ramli bin Norani untuk merasmikan Sukan SAM Pasir Panjang kali ke-4. Alhamdulillah segalanya telah selesai.

Pameran motor ducati oleh firqah khaibar.
Firqah Mu'tah membuat beberapa formasi menarik. Gambar ini mungkin kurang memberi impak terhadap formasi mereka yang sebenar.
Acara pecut 100 meter lelaki L3, mereka fokus untuk memecut laju hingga kegarisan penamat. Haaa ingat ye adik-adik, kalau belajar tu pecutannya kene lebih laju dari larian pecut 100 meter.
Keceriaan dan keayuan terpancar di wajah mereka kerana dapat menyerikan Sukan SAMPP kali ini
Cikgu Nizam dan Cikgu Halim memberi semangat pasukan tarik tali Firqah Khaibar.. Hebat sekali gaya mereka berdua
Dato' Ramli memyampaikan pingat kepada wakil firqah dalam acara tarik tali
Juara keseluruhan dimenangi oleh firqah Mu'tah. Tahniah firqah Mu'tah. Kita tengok tahun depan firqah mana pulak yang jadi juara.

No comments: