-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Saturday, September 8, 2012

Sambutan Hari Raya SAMPP 2012

Kemeriahan dan keceriaan sempena Hari Raya Idulfitri tahun ini amat dirasai oleh semua warga SAMPP. Semalam telah selesai Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SAMPP yang dihadiri oleh semua warga SAMPP termasuk Pengerusi PIBG Tuan Hj. Rojikin bin Sarbini.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan mingguan seperti biasa dengan semua guru dan pelajar memakai pakaian hari raya yang baru. Jam 9.30 pagi bermula ucapan pengetua, wakil guru dan pelajar. Semua guru dan pelajar menikmati sajian yang disediakan dibawah 2 khemah besar yang disediakan di dataran sekolah.
Cikgu Afid, Ust Taftazani dan Cikgu Taufiq dengan gaya mereka tersendiri
 Koleksi gambar sambutan ini boleh dilihat dengan klik link dibawah:

Guru-guru ceria sepanjang majlis berjalan
Yang ni lagi ceria
Ucapan Pengetua dihadapan guru-guru dan pelajar

Pelajar tekun mendengar amanat Pengetua
Gambar suasana 1

Gambar suasana 2
 
Guru-guru menikmati jamuan

No comments: