-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Friday, March 22, 2013

Majlis Penyerahan Slip SPM 2012

Program : Majlis Penyampaian Slip SPM 2012
Tarikh    : 21 Mac 2013
Masa     : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat  : Dewan Al-Falah SAM Pasir Panjang

Majlis telah sempurna dijalankan dengan penuh kegembiraan, senyuman dan tangisan kejayaan pelajar SPM 2012. SAMPP telah melakar kejayaan dengan penuh cemerlang atas kejayaan 19 orang pelajar yang mendapat keputusan 5A ke atas. SAMPP juga berbangga dengan kejayaan  pelajar-pelajar lain yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan pada SPM kali ini. Atas usaha mereka SAMPP berada dalam rangking pertama sekolah harian terbaik bagi SPM 2012 daerah Sabak Bernam.

Tahniah diucapkan kepada adik Auza'ie (11A) dan adik Fatin Atika Nabila (9A) kerana berjaya meraih anugerah pelajar terbaik SPM 2012. Anda menjadi aspirasi bagi adik-adik yang masih menuntut di SAMPP ini. Ayuh!! Bangunlah wahai adik-adik. Jangan leka dengan keseronokan diluar sana. Kejayaan anda dalam peperiksaan akan menjadi satu lakaran sejarah sampai bila-bila.
Pelajar terbaik SPM 2012, Auza'ie bin Noh (11A) & Fatin Atika Nabila (9A)  bersama Pengetua Tuan Mohammad Jamil
Ucapan 'Best Student' SAM Pasir Panjang. Mudah-mudahan bermanfaat untuk adik-adik SPM 2013. Ingat tu nasihat Abang Auza'ie. 
Bergambar bersama YDP PIBG En. Rojikin dan guru-guru SPM 2012
Berdebar-debar sebelum mengambil keputusan SPM
Tahniah semua atas kejayaan anda
Pelajar cemerlang SPM 2012 bergambar kenangan bersama pengetua
SAMPP CEMERLANG!!!!!


1 comment:

Ndon Marimin said...

Alhamdulillah, Tahniah kepada Ibu Bapa murid yang berjaya mendapat keputusan SPM cemerlang, kepada guru2 terima kasih telah melaksanakan tanggung jawab dengan baik... semuga kejayaan ini menjadi pendorong kepada anak2 yang bakal menghadapi peperiksaan Pmr, Spm dan peperiksaan Agama Tingkatan 4...