-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Monday, November 11, 2013

Hari Keluarga SAMPP 2013

Program : Hari Keluarga, Mesyuarat Guru & Kakitangan
Tarikh    : 9 & 10 November 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa     : Sepanjang Hari
Tempat  : Riang Ria Waterpark Resort, Pengkalan Balak Melaka
Acara sukaneka memeriahkan suasana dan merapatkan silaturahim
Program dihadiri oleh lebih 150 orang guru serta ahli keluarga. Program bermula dengan pendaftaran dan chek-in pada pukul 2 petang. Selepas solat jamak qasar zohor dan asar program sukaneka diadakan lebih kurang jam 5.30 petang. Sebelah malam pula adalah majlis suai kenal antara guru-guru dan ahli keluarga serta ucapan pengetua dan pengurusi kelab guru. Makan malam dan BBQ ditaja oleh kelab guru dan sekolah yang diurus dengan begitu baik oleh Cikgu Ahmad Afid. Pada pagi ahad semua guru bersarapan dan bermesyuarat dikala hujan sepanjang pagi itu sehingga tengah hari. Selepas bermesyuarat, semua guru serta ahli keluarga makan tengah hari. Tepat jam 2 petang semua guru telah chek-out dan pulang ke destinasi masing-masing.