-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Thursday, January 31, 2013

Mesyuarat Agong PIBG SAMPP 2013

Mesyuarat Agong PIBG SAMPP telah berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan pembentangan laporan unit bagi tahun 2012 dan usul guru SAMPP dan ibu bapa penjaga. Ketibaan YB Dato' Hajah Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memeriahkan lagi majlis dengan membuat pemeriksaan perbarisan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SAMPP seterusnya masuk ke Dewan Al-Falah untuk memberikan ucapan perasmian. Majlis diakhiri dengan penyerahan bantuan awal persekolahan untuk ibu bapa penjaga. Alhamdulillah. terima kasih YB Dato' kerana sudi hadir.

Program : Mesyuarat Agong PIBG SAMPP 2013
Tarikh    : 30 Januari 2013 (Rabu)
Masa     : 8.00 pagi - 12.30 Tengah hari

YB Dato' Hajah Noriah bt. Kasnon berucap sebelum merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SAMPP 2013
Read More »

Tuesday, January 22, 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Acara merentas desa peringkat sekolah telah berjalan dengan baik. Semua pelajar melibatkan diri dalam program ini. Tahniah jawatankuasa pelaksana dan kepada pemenang acara ini.

Program : Merentas Desa
Tarikh    : 18 Januari 2013 (Jumaat)
Masa     : 7.30 pagi - 12.00 Tengah hari.

Keputusan mengikut firqah:-

Pertama   : Firqah Khaibar (1558 mata)
Kedua     : Badar (1568 mata)
Ketiga     : Muktah (1544 mata)
Keempat : Uhud (1066 mata)

Pelajar lelaki bersedia untuk dilepaskan
Read More »