-->
SELAMAT DATANG KE LAMAN PORTAL SAM PASIR PANJANG.

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan lagi azam seluruh warga SAMPP untuk terus bertekad dan berazam melakar kejayaan demi kejayaan. Kita sedang meniti kejayaan yang diraih hasil usaha seluruh warga SAMPP. Kejayaan yang kecil sebenarnya menjadi pemangkin untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Penutup tirai 2014 telah menyaksikan keputusan PT3 yang sangat cemerlang dengan seorang pelajar mendapat keseluruhan 11A. Tahniah warga SAMPP. Namun SAMPP juga bertukar nakhoda apabila  Pengetua Tn Mohamad Jamil Sarin berpindah ke SAMT Salahuddin Bt 38 dan digantikan dengan Tn Hj Baharuddin bin Md Ali bermula 16 November 2014. Kehadiran 2015 adalah penutup tirai perancangan sekolah yang mahu melihat SAMPP cemerlang dalam semua aspek smaada Akademik,Sahsiah mahupun Kokurikulum. Selamat Maju Jaya SAMPP