MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI SESI 2024/ 2025
RABU, 25 JUN 2025
SAM Pasir Panjang telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi yang gilang-gemilang bagi menghargai pencapaian murid-murid bagi sesi akademik 2024 2025. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan semoga akan teruskan momentum kecemerlangan dalam apa-apa jua urusan akan datang.
PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN SMA 2023
Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 15 Mac 2023, SAM Pasir Panjang telah mengadakan majlis Pengisytiharan Keputusan SMA 2023 di Dewan Al-Falah, SAM Pasir Panjang.
Tahniah diucapkan kepada semua murid SMA atas peningkatan peratusan lulus 100%. Terima kasih juga kepada ibu bapa/ penjaga murid yang cemerlang yang turut hadir bersama meraikan kejayaan anak masing-masing.
Teruskan kecemerlangan anda untuk peperiksaan SPM 2024 kelak!
PENDAFTARAN MURID BAHARU TINGKATAN 1 SESI AKADEMIK 2024/ 2025
Pada 13 Mac 2024, SAMPP telah menerima murid baharu Tingkatan 1 bagi sesi akademik 2024/ 2025. Alhamdulillah, seramai 60 orang murid telah hadir dan mendaftar di SAM Pasir Panjang.
Tahniah kepada semua murid yang telah memilih SAMPP untuk menyambung belajar di sekolah ini.
AHLAN WASAHLAN KE SAMPP
PELANCARAN IHYA' RAMADAN
Pada 15 Mac 2024, Unit BADAR SAMPP telah melancarkan Ihya' Ramadan bagi sesi 2024/ 2025 di Dewan Al Falah SAM Pasir Panjang. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan disusun yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini.
Ceramah Marhaban Ya Ramadan antara aktiviti yang dirancang dan telah disampaikan oleh Ustaz Nasir b Razali.
Bersamalah kita meraikan Ramadan Karim.













































